mcmc
Kisah Kejayaan

Cemara Nursery & Homestay (Encik Kamis Hamzah)

Perniagaan Nursery Dan Homestay

Nama : Kamis Bin Hamzah

Umur : 55 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Encik Kamis Bin Hamzah merupakan Ketua Peneroka Felda Selancar 4 tapi beliau berminat untuk mengembangkan perniagaan nursery beliau ke kawasan berdekatan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500.00 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau lebih kerap mengemaskini dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook peribadi dan status Whatsapp. Beliau turut mewar-warkan lokasi pasar malam yang beliau sertai di laman Facebook agar dapat mencapai lebih ramai pelanggan secara dalam talian. Dengan penggunaan internet beliau berjaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM500.00 ke RM1500.00 sebulan.