Assalamualaikum dan Salam sejahtera…
Pusat Internet Felda Selancar 5 akan menganjurkan Pertandingan Usahawan Online Baru menggunakan platform Online seperti Shopee / Lazada. Oleh itu, kami mempelawa kepada anda semua untuk menyertai pertandingan ini. Di bawah ini disertakan syarat-syarat pertandingan dan juga Poster Pertandingan. Hadiah wang tunai yang lumayan menanti peserta yang menang. Jom semua rebut peluang yang ada. Jangan lupa daftarkan nama anda sebelum 20 Julai 2020 untuk menyertai pertandingan ini.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia (Daftar keahlian bagi yang belum ahli RM5/Seumur hidup)
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Cik Fizah https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t51/1/16/1f449.png”);”>? 0197054721
Cik Aisyah https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t51/1/16/1f449.png”);”>? 013994785