|
Nama : Alagu Sunthari A/P Sayakumaran Umur : 12 Tahun Ahli : 2022 |
Latar belakang
Alagu Sunthari A/P Sayakumaran merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Rendah Selancar 2. Beliau tinggal di Felda Selancar 5, Muadzam Shah, Pahang. Beliau sering berkunjung ke PEDi Felda Selancar 5 selepas persekolahan, cuti mingguan dan cuti persekolahan bersama kakak mahupun rakan-rakan sekolahnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolahnya. Beliau juga hadir ke PEDi untuk mengulangkaji pelajaran dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan di laman web.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada mulanya beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5 pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menjalani latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, beliau sering melayari laman web pendidikan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.