|
Nama : Muhammad Adham Rafai bin Bonniamin Umur : 21 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Muhammad Adham Rafai bin Bonniamin merupakan seorang pelajar lepasan diploma. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan di sebuah politeknik awam di Malaysia. Beliau juga merupakan penduduk di komuniti Felda Selancar 4, Muadzam Shah, Pahang. Beliau menghadiri ke PEDi Felda Selancar 5 bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan komputer dan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Padanya mulanya, beliau sudah mempunyai asas teknologi ICT kerana sedikit sebanyak sudah dipelajari semasa di tempat belajarnya di politeknik. Beliau menghadiri Latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5 bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau dari semasa ke semasa. Beliau sangat komited dalam menambah ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menjalani latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Komputer, Sistem Operasi, Internet, Emel, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.