Puan Azizah Jaafar merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan yang menawarkan pakej umrah dengan kerja sama Agensi Salasabila Aflah Tours & Travel Sdn Bhd. Pada mulanya, beliau tidak yakin pada kemampuan diri sendiri namun dengan sokongan dan kata-kata semangat dari semua pihak beliau berjaya mengatasi rasa takut tersebut.
Mengikut arus kemodenan semasa, beliau perlu mempromosikan Pakej Umrah beliau kepada komuniti setempat dengan menggunakan internet. Dan menjadi keperluan kepada beliau untuk mempelajari teknik dan cara berkesan untuk mempromosikan pakej tersebut. Lalu, beliau mengambil peluang untuk mempelajari asas teknologi ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau turut mempelajari penggunaan Whatsapp untuk memudahkan beliau mempromosikan perkhidmatan beliau.

