BELIA
Selain Gerakan Persatuan Wanita, belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal menjadi salah seorang pemimpin, maka adalah penting bagi mereka untuk menjadikan impian negara satu kenyataan. Setiap belia Negara perlu dibekalkan bukan sahaja ilmu pengetahuan malah sifat kepimpinan turut memberi motivasi kepada mereka, pihak kerajaan mahupun swasta banyak merangka program positif yang boleh membawa mereka ke arah matlamat “Belia Tonggak Negara”. Justeru itu,persatuan belia di Felda Selancar 4&5 juga turut aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan mereka.Antaranya ialah sukan futsal, badminton dan sebagainya.
Persatuan belia di Felda Selancar 4 diketuai oleh Raja Mustaffa Kamal bin Raja Abd. Rahman manakala Persatuan belia di Felda Selancar 5 diketuai oleh Mohd Faizol bin Saari. Mereka bekerjasama bagi memastikan objektif penubuhan persatuan tercapai dari semasa ke semasa.
Berikut merupakan objektif, visi dan misi persatuan belia:
Objektif
Mewujudkan belia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara.
Visi
Mewujudkan belia yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat kesukarelaan yang tinggi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Misi
Membina generasi belia yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan memupuk nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti selaras dengan wawasan 2020.