Menjadi kebiasaan Khairul Aiman Bin Jamalullaili mengunjungi Pusat Internet hampir setiap hari untuk melayari internet. Beliau memiliki akaun Facebook dan beliau gemar mengemaskini status Facebooknya. Peluang beliau mewakili Felda Wilayah Kuantan ke New York untuk menghadiri Program New York International STEM Carnival 2014 bersama-sama 9 pelajar lain membuka ruang kepada beliau untuk mempelajari lebih tentang internet. Persediaan yang perlu beliau lakukan bukan sekadar menyediakan kelengkapan ke New York namun beliau perlu menyediakan laporan berkaitan aktiviti yang di jalankan sepanjang berada di sana. Jika sebelum ini, beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk mengemaskini status Facebook, kini kunjungan beliau untuk menggunakan emel. Ini kerana emel menjadi medium perhubungan di antara beliau dan pegawai yang bertugas untuk program tersebut. Segala dokumen berkaitan program hanya di sampaikan melalui emel. Jadi kewujudan Pusat Internet memudahkan urusan beliau untuk menyiapkan laporan dan mendapatkan perkembangan semasa dari pegawai bertugas.