mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Siti Nadia Binti Dahlan

 

Nama : Siti Nadia binti Dahlan

Umur : 26 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang


 

Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet  Felda Selancar 5 untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Felda Selancar 5 terutamanya melayari internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau bekerja sebagai kerani sambilan di salah sebuah kedai kek di Felda Selancar .Pada mulanya beliau hanya mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5 pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Dengan menjalani latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Microsoft Word, Excel dan PowePoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk urusan kerja beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara penggunaan emel. Oleh yang demikian, beliau mampu membuat kerja dengan teratur dan sistematik dari semasa ke semasa terutama penggunaan perisian Microsoft Excel dalam kerja yang melibatkan perakaunan.