Perniagaan Nursery Dan Homestay
|
Nama : Kamis Bin Hamzah Umur : 55 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Encik Kamis Bin Hamzah merupakan Ketua Peneroka Felda Selancar 4 tapi beliau berminat untuk mengembangkan perniagaan nursery beliau ke kawasan berdekatan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500.00 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau lebih kerap mengemaskini dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook peribadi dan status Whatsapp. Beliau turut mewar-warkan lokasi pasar malam yang beliau sertai di laman Facebook agar dapat mencapai lebih ramai pelanggan secara dalam talian. Dengan penggunaan internet beliau berjaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM500.00 ke RM1500.00 sebulan.