mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Puan Nur Hidayah Binti Mohd Idris

Dekorasi Kek Jana Pendapatan

Nama : Nur Hidayah Binti Mohd Idris 

Umur : 30 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nur Hidayah binti Mohd Idris merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau tinggal di Felda Selancar 3. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap produk makanan terutama pelbagai jenis kek, beliau menceburi bidang perniagaan ini secara kecil-kecilan. Beliau juga menghantar tempahan ke rumah sekiranya ada permintaan dari semasa ke semasa. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk mencari maklumat tentang bahan-bahan hiasan untuk dibuat diatas kek yang ditempah oleh pelanggan. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet  Felda Selancar 5 terutama perkhidmatan internet, cetakan dan laminate.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet  Felda Selancar 5, membuka ruang kepada beliau untuk mempelajari teknik pemasaran serta target pelanggan yang ingin di capai. Selain daripada itu, beliau mempelajari kepentingan promosi dalam perniagaan bagi menjana pendapatan lebih melalui hebahan daripada laman sosial seperti Facebook. Beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk mencari informasi dan hiasan terkini kek yang menambah nilai kepada perniagaan beliau. Kini, beliau telah berjaya menambah pendapatan dari RM300 ke RM1000 sebulan