Kesihatan

Hari Koperasi Sekolah SMK Perwira Jaya, Felda Selancar 2

2A

Tarikh : 10 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Tempat : SMK Perwira Jaya
Anjuran : SMK Perwira Jaya
Kerjasama : SMK Perwira Jaya, Klinik Kesihatan Perwira Jaya, KOSPEN
 
Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) berfungsi untuk memberi penekanan kepada pembentukan sekumpulan sukarelawan terlatih dari kalangan masyarakat yang bertindak sebagai agen kesihatan.
 
Skop utama KOSPEN
1. Pemakanan sihat
2. Gaya Hidup yang aktif
3. Pengurusan berat badan
4. Tidak merokok
5. Kesihatan mental
6. Pencegahan dan pengurangan kemudaratan alkohol
7. Pengesanan faktor risiko penyakit tidak berjangkit
 
Fungsi Sukarelawan KOSPEN
1. Menjalan advokasi penerapan polisi kesihatan di lokaliti setempat
2. Menjalankan aktiviti promosi di kalangan komuniti setempat
3. Pemangkin dan memastikan pelaksanaan persekitaran sihat yang menyokong amalan tingkah laku sihat
4. Menjalankan ujian saringan dan merujuk kes yang berisiko ke klinik kesihatan berhampiran
5. Mengatur dan menjalankan aktiviti intervensi spesifik pengurusan berat badan
 
Aktiviti yang dilakukan :
1. Pemeriksaan kesihatan seperti ukur berat badan, ukur ketinggian, ujian kesihatan tekanan darah dan gula
2. Penolong Pegawai Perubatan memberikan konsultant kepada komuniti setempat