Program: Perkongsian Ilmu Bersama Kemas
Tujuan :
Perkongsian ilmu bersama Puan Zaini Mat Salleh, Guru Kemas dengan para beliawanis serta penerokawati mengenai masakan yang mempunyai nilai dalam menjana pendapatan harian atau bulanan. Resepi yang dikongsi dalam kelas tersebut adalah resepi chicken chop. Para peserta tertarik dengan perkongsian ini kerana mereka dapat menghasilkan chickenchop sendiri tanpa perlu membeli di luar dengan harga yang tinggi. Ini juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan.