mcmc
Kesihatan

Kesihatan

klinik

Klinik Desa Felda Selancar 4

Klinik Desa Selancar 4 terletak dalam daerah Rompin, Pahang. Mula ditubuhkan pada bulan Disember 1988. Pada asalnya klinik ini menggunakan bangunan rumah peneroka di Blok 2 Felda Selancar 4. Kemudiannya berpindah ke Balairaya Felda Selancar 4 pada tahun 1989. Setelah itu,pada bulan Oktober 1992 klinik ini berpindah ke rumah kakitangan Felda Selancar 4. Akhirnya bangunan sebenar Klinik Desa Selancar 4 telah dibina pada bulan September 2001. Klinik mula beroperasi pada 5 April 2002. Keluasan kawasan klinik seluas 1.8 Hektar. Dua orang Jururawat Masyarakat yang bertugas di Klinik ini ialah JM Siti Salwani binti Kamarudin dan JM Noor Hamimah binti Ja’afar.

Wawasan dan Misi Klinik Desa Selancar:-

 Kinik Kesihatan adalah tempat temu pertama yang memberikan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi bagi meningkatkan status kesihatan penduduk dan masyarakat setempat (Sumber: Dari Buku B-Polisi Operasi).

Matlamat Klinik Desa Selancar 4:-

  • Meningkatkan taraf kesihatan masyarakat kepada tahap yang optimum.
  • Memperbaiki kesaksamaan akses kepada perkhidmatan yang menyeluruh yang di sediakan mengikut keperluan masyarakat setempat.
  • Meningkatkan kualiti jagaan dan perkhidmatan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan:

  • Perkhidmatan Kesihatan Ante Natal
  • Perkhidmatan Kesihatan Postnatal
  • Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Kesihatan Warga Sihat
  • Perkhidmatan Kesihatan Warga Tua
  • Perkhidmatan Kesihatan Mental
  • Perkhidmatan Kesihatan Pemakanan
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Perkhidmatan Jagaan Rawatan Dirumah

 

Jadual Aktiviti Klinik (Masyarakat)

Hari

Pagi (8.00pg – 1.00 petang)

Petang (2.00ptg- 5.00ptg)

Isnin

Klinik Bersepadu

Klinik Bersepadu

Selasa

Klinik Bersepadu

Klinik Bersepadu

Rabu

Klinik Bersepadu

Klinik Bersepadu

Khamis

Klinik Bersepadu

Klinik Bersepadu

 

 Pagi (8.00pg- 12.15tgh)

 Petang (2.45ptg-5.00ptg)

Jumaat

Klinik Bersepadu

Klinik Bersepadu

Sabtu

TUTUP

Ahad

TUTUP

Jarak Di antara Kemudahan Kesihatan Yang Lain

Jarak di antara Klinik Desa Selancar 4 ke Hospital:-

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan                                 : 270km
  • Hospital Muadzam Shah                                           : 90km
  • Hospital Daerah Segamat                                         : 65km

Jarak dari Klinik Kesihatan Selancar 4 ke:-

  • Pejabat Kesihatan Daerah Rompin                      : 177km
  • Poliklinik Komuniti Bandar Tun Abdul Razak         : 50km  
  • Klinik Desa Selancar 2                                       : 1.5km
  • Klinik Desa Selancar 3                                       : 5km
  • Klinik Kesihatan Perwira Jaya                             : 17.5km

 

klinik2