mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT (Quarter 1 Tahun 2024)

Nama : Nordaniel Harraz bin Mohd Norhafiz

Umur : 11 Tahun

Ahli : 2023

 

Latar belakang

Nordaniel Harraz bin Mohd Norhafiz merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Selancar Dua. Beliau juga merupakan penduduk di komuniti Felda Selancar 2, Muadzam Shah, Pahang. Beliau menghadiri ke NADI Felda Selancar 5 bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada mulanya, beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di NADI Felda Selancar 5 tahap pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program  yang dianjurkan oleh NADI Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan menjalani latihan ICT di NADI Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Komputer, Sistem Operasi, Internet, Emel, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjincarian Google bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.