Nama : Zuraini binti Salleh Umur : 58 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Zuraini binti Salleh merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Walaupun demikian beliau sentiasa aktif mengikuti Persatuan dan Program yang dijalankan di peringkat komuniti Felda Selancar 5. Beliau juga kerap dilantik sebagai Setiausaha Persatuan seperti KRT Sri Wawasan Selancar 5, KOSPEN Selancar 5 dan lain-lain. Oleh yang demikian, beliau perlu memenuhi syarat untuk mengendalikan sistem secara atas talian seperti mengisi Maklumat Mesyuarat dan Maklumat Aktiviti Persatuan dan juga penyediaan Minit Mesyuarat. Beliau juga merupakan penduduk di komuniti Felda Selancar 5, Muadzam Shah, Pahang. Beliau hadir ke NADI Felda Selancar 5 bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan komputer dan internet. Selain itu, beliau berminat mempelajari Latihan Keusahawanan Tiktok untuk membeli barangan atau produk secara talian atau COD. Beliau juga mempelajari cara mengendalikan online banking untuk memudahkan urusan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada mulanya, beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di NADI Felda Selancar 5, tahap pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh NADI Felda Selancar 5. Hal ini demikian, beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan menjalani latihan ICT di NADI Felda Selancar 5 Pahang, beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Komputer, Sistem Operasi, Internet, Emel, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.