Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT (Quarter 3 Tahun 2023)

Nama : Nurul Husna binti Md Kasim

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2020

 

Latar belakang

Nurul Husna binti Md Kasim merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah atas. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar lepasan Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar 1. Beliau tinggal di Felda Selancar 3, Muadzam Shah, Pahang. Beliau sering berkunjung ke PEDi Felda Selancar 5 selepas waktu persekolahan untuk menyiapkan tugasan kursusnya yang telah diberikan oleh cikgunya. Beliau juga mengulangkaji pelajaran dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5, tahap pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambah pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan menjalani latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Komputer, Sistem Operasi, Internet, Emel, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk tugasan sekolah.