mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 3 Tahun 2021

Nama Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal

Umur : 22 Tahun

Ahli : 2013

Latar belakang

Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal merupakan seorang pelajar IPT yang menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana Muda. Beliau seorang pelajar yang sangat rajin dan dedikasi. Oleh kerana beliau berminat untuk meniaga kecil-kecilan, beliau sanggup mencuba untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan media sosial facebook dan aplikasi Whatsapp. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjual dan menyediakan perkhidmatan “surprise bouquet’ seperti “Birthday Bouquet, Money Bouquet, Anniversary Bouquet, Sorry Bouquet, Get Well Soon Bouquet, Convocation Bouquet, Good Luck Bouquet, Friendship Bouquet, Proposal Bouquet, Housewarming Bouquet & Box Surprise. ”Selain itu, bagi meningkatkan permintaan beliau juga menggunakan perkhidmatan COD kepada komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini boleh mempromosikan perniagaan di media sosial Facebook. Pendapatan beliau mencecah RM1000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. Manakala pelanggan beliau terdiri daripada rakan-rakan komuniti setempat dan rakan-rakan di facebook.