|
Nama : Norkhalijah binti Sharni @ Masri Umur : 45 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Norkhalijah binti Sharni @ Masri merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau begitu komited dan berusaha meningkatkan pendapatan bulanan beliau. Beliau begitu bersemangat jitu di dalam bidang perniagaannya.
Pada mulanya, beliau melakukan penjualan produknya di laman media Facebook dan Whatsapp Apps. Beliau mengambil peluang dalam melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di PEDi Felda Selancar 5 dengan menambahkan aplikasi Shopee selaku medium tambahan produk perniagaannya. Ilmu aplikasi Shopee ini dapat menambahkan pendapatan perniagaannya. Beliau sering menghadiri Latihan Keusahawanan untuk memperbaharui maklumat aplikasi Shopee sebagai usahawan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di PEDi, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di platform Shopee. Pendapatan beliau kini mencecah RM3000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan.