mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Tahun 2024

Nama : Nur’ Atikah binti Marzuki

Umur : 37 Tahun

Ahli : 2023

 

Latar belakang

Nur’ Atikah binti Marzuki merupakan seorang surirumah yang mempunyai jiwa kental untuk membantu keluarga menambah pendapatan dari semasa ke semasa memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Beliau merupakan seorang surirumah yang sangat aktif menyertai kelas keusahawanan di NADI Felda Selancar 5. Oleh yang demikian, walaupun beliau kurang mahir dalam pemasaran produk beliau sanggup mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NADI untuk belajar serta menambahkan ilmu pengetahuan.

Setelah mengambil peluang melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di NADI Felda Selancar 5, beliau telah belajar Whatsapp Business untuk meluaskan lagi pemasaran produk supaya lebih banyak pelanggan mengetahui kewujudan perniagaannya dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas usahawan Affiliate Tiktok untuk menambahkan pendapatan sampingan. Keberkesanan penyertaan Latihan Keusahawanan tersebut membolehkan beliau sentiasa menambah ilmu keusahawanan dari semasa ke semasa. Beliau merupakan usahawan yang menjual produk makanan dan minuman dari rumah seperti masakan semua jenis ramen, ais kepal, air Sawanah Koko dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di NADI Felda Selancar 5, beliau kini menambahkan platform  penjualan produknya di Whatsapp Business. Pendapatan beliau kini mencecah RM500 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. Manakala pelanggan beliau terdiri daripada pelabagai golongan.