|
Nama : Norkhalijah binti Sharni @ Masri Umur : 45 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Nor Suhada binti Azizan merupakan seorang suri rumah tangga dan juga memiliki perniagaan makanan dan minuman. Beliau begitu komited dan berusaha meningkatkan pendapatan bulanan beliau. Beliau begitu bersemangat jitu di dalam bidang perniagaannya.
Pada mulanya, beliau melakukan penjualan produknya di laman media Whatsapp Apps. Beliau mengambil peluang dalam melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di PEDi Felda Selancar 5 dengan menambahkan aplikasi Whatsapp Business dan Facebook sebagai medium tambahan untuk pemasaran produk perniagaan beliau.
Ilmu aplikasi tersebut dapat menambah pendapatan perniagaannya. Beliau sering menghadiri Latihan Keusahawanan untuk memperbaharui ilmu di Whatsapp Business dan Facebook sebagai seorang usahawan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di PEDi, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di platform Whatsapp Business dan Facebook. Pendapatan beliau kini mencecah RM1000 dan ke atas sebulan bergantung kepada jumlah jualan.