|
Nama : Nur Aien Qhariesya binti Mohd Sapawi Umur : 13 Tahun Ahli : 2021 |
Latar belakang
Nur Aien Qhariesya binti Mohd Sapawi merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Beliau merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira Jaya. Beliau tinggal di Felda Selancar 2, Muadzam Shah, Pahang. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Felda Selancar 2 selepas waktu persekolahan harian dan cuti persekolahan bersama dengan rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh cikgunya. Beliau juga mengulangkaji pelajaran dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5 pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan menjalani latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Microsoft Word, Excel dan PowePoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk tugasan sekolah. Selain itu, beliau sering melayari laman web pendidikan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.