mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT (Quarter 4 Tahun 2022)

Nama : Mohd Syazril Aiman bin Mohd Mansor 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 2022

Latar belakang

Mohamad Syazril Aiman bin Mohd Mansor merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira Jaya. Beliau tinggal di Felda Selancar 4, Muadzam Shah, Pahang. Beliau sering berkunjung ke PEDi Felda Selancar 5 untuk mencari pelbagai kaedah untuk memohon pekerjaan di laman web.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5 pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan menjalani latihan ICT di PEDi Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, beliau sering melayari laman web e-kerajaan untuk mengisi maklumat permohonan pekerjaan.