mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Tahun 2022

Nama : Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal

Umur : 23 Tahun

Ahli : 2013

 Latar belakang

Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal merupakan seorang pelajar lepasan Institusi Pelajaran Tinggi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin berusaha dan cemerlang dalam pendidikan. Beliau juga begitu meminati bidang perniagaan yang menyebabkan beliau sering melakukan penjualan produknya di laman media Facebook dan Whatsapp Business. Beliau mengambil peluang melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di PEDi Felda Selancar 5 dengan menambah platform penjualan produknya di Shopee dan Tiktok. Beliau sering menghadiri Latihan Keusahawanan untuk memperbaharui maklumat platform Shopee sebagai seorang usahawan.

Beliau merupakan usahawan reseller yang menjual produk kecantikan, kosmetik dan penjagaan diri berasaskan Sunscreen Primer Cherang, Skin Treatment Primer Cherang, VC Rose Cleaner Primer Cherang, VC Rose Brightening Cream, Vitamin C Plus 500mg, NB Serum Skin Renewing Serum, Sunblock Korea 3W Clinic.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di PEDi, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di media Shopee dan Tiktok. Pendapatan beliau kini mencecah RM3000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan.