|
Nama : Nur Atirah binti Ismail Umur : 25 Tahun Ahli : 2022 |
Latar belakang
Nur Atirah binti Ismail merupakan bekas pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Selangor. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin berusaha meningkatkan pendapatan harian. Perniagaan ini wujud semenjak Malaysia menimpa Covid-19 pada tahun 2020. Sementara mencari pekerjaan yang sesuai, beliau mengambil alternatif mewujudkan perniagaan ini.
Beliau juga begitu meminati bidang perniagaan yang menyebabkan beliau sering melakukan penjualan produknya di laman media Facebook dan Whatsapp Apps. Beliau mengambil peluang melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di PEDi Felda Selancar 5 dengan menambah ilmu perniagaan di Whatsapp Business . Beliau sering menghadiri Latihan Keusahawanan untuk memperbaharui maklumat platform Whatsapp Business sebagai seorang usahawan.
Beliau merupakan usahawan produk makanan sarapan pagi iaitu Nasi Lemak, Lontong, Mee Goreng, Bihun Goreng dan sebagainya. Beliau juga menjalankan perniagaan catering mengikut kehendak pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di PEDi, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di platform Whatsapp Business. Pendapatan beliau kini mencecah RM1000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan.