mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Tahun 2021

Nama Ahmad Syukri Anas bin Samsul Kamal

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Ahmad Syukri Anas bin Samsul Kamal merupakan seorang pelajar Pra-Universiti yang menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat produktif dalam aktiviti sehariannya. Walaupun dengan kepadatan masa selaku pelajar STPM, beliau masih berminat untuk melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Pada permulaan perniagaan tahun 2020 dan 2021, beliau hanya berfokuskan kepada penjualan produk di platform Instagram dan WhatsApp Business. Setelah mengambil peluang melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau telah menambah platform penjualan produknya di Shopee. Keberkesanan penyertaan Latihan Keusahawanan tersebut membolehkan beliau sentiasa menambah ilmu keusahawanan dari semasa ke semasa. 

Beliau merupakan usahawan yang menjual produk penjagaan kulit. Produk yang beliau jual ialah Sunscreen Primer Cherang, Skin Treatment Serum Primer Cherang, VC Rose Cleancer Primer Cherang, VC Rose Brightening Cream, Vitamin C Plus 500mg, Nurfella Beauty Skin Renewing Serum, Sunblock Korea 3W Clinic dan pelbagai jenis produk penjagaan kulit. Setelah beliau menggunakan perkhidmatan COD dan courier, pendapatan jualan beliau melonjak lebih drastik berbanding sebelumnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di media Shopee. Pendapatan beliau kini mencecah RM13000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. Manakala pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai negeri hasil daripada promosi di media Shopee.