mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 2 Tahun 2021

Nama : Siti Nadia binti Dahlan

Umur : 31 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Siti Nadia binti Dahlan merupakan seorang pekerja juruwang di sebuah syarikat perkhidmatan minyak BHP Petrol. Beliau merupakan seorang pekerja yang dedikasi dan rajin berusaha. Beliau sangat meminati kepada bidang perniagaan menyebabkan beliau sering melakukan penjualan produknya di laman media Facebook dan Whatsapp Web. Beliau telah mengambil peluang melibatkan diri dalam Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau telah menambah platform penjualan produknya di Shopee. Beliau sering menghadiri Latihan Keusahawanan secara kerap untuk memperbaharui maklumat platform Shopee sebagai seorang usahawan.

Beliau merupakan usahawan reseller yang menjual produk kesihatan nutrisi yang berasaskan supplemen iaitu produk Shaklee. Produk Shaklee yang beliau jual ialah Omega Guard, Herro Kiddo, Cinch/Elderberry Tea, CoQ-Trol, Pd Lime, Nutriferon, Life Shake, Alfalfa Complex, Gla Complex, Herblax, Soy Protein ESP, ESP, Lecithin, Sustained Release Vitamin-C Plus dan Vita-Lea Iron Plus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini menambahkan platform penjualan produknya di media Shopee. Pendapatan beliau kini mencecah RM1000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan.