mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2023 – Basic Information and Communications Technology (ICT) Ogos 2023

TARIKH/MASA

04/08/2023(04.00PM-05.00PM)

05/08/2023(10.00AM-11.00AM)

07/08/2023(10.00AM-11.00AM)

07/08/2023(11.00AM-12.00PM)

07/08/2023(12.00PM-01.00PM)

07/08/2023(04.00PM-05.00PM)

08/08/2023(10.00AM-12.00PM)

08/08/2023(03.00PM-05.00PM)

09/08/2023(10.00AM-12.00PM)

21/08/2023(12.00PM-01.00PM)

23/08/2023(10.00AM-11.00PM)

27/08/2023(03.00PM-05.00PM)

LOKASI PEDi FELDA SELANCAR 5
JUMLAH PESERTA 32 ORANG

 

Tujuan

1. Memperkenalkan internet dan emel, mempelajari asas internet, menerokai pelayar web, menerokai enjin carian, mencipta ID emel, menghantar emel, menyemak dan membalas emel,  mencari maklumat dan mengemaskini maklumat. Memberi pendedahan kepada peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran media sosial, urusan rasmi dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan dan permohonan UPU secara atas talian.

2. Memperkenalkan fungsi Ms Office Word (Menaip dan mengubah perkataan, Mengubah gaya perkataan, Membesarkan atau mengecilkan perkataan, Mengubah ruang di antara garisan, Membuat senarai bernombor, Mengubah penjajaran perkataan, Memasukkan gambar, Memasukkan jadual, Memasukkan sempadan halaman dan Menyimpan dokumen).

3. Memperkenalkan fungsi Ms Office Excel (Memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam Lembaran Hamparan, Memandu arah dalam Lembaran Hamparan, Membuat pengiraan mudah dan menggunakan formula, Mencantum dan menggabung sel, Mengformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur, Membuat carta dan menentukan jenis carta dan Menyimpan Lembaran Hamparan.

4. Memperkenalkan fungsi Ms Office Powerpoint (Membuat pembentangan baru, Membuat slaid dengan pelbagai susun atur, Menyunting slaid, Menggunakan template reka bentuk untuk slaid, Memasukkan gambar dan clip arts ke dalam slaid, Memasukkan jadual ke dalam slaid, Menggunakan animasi dan Menyimpan pembentangan).

Aktiviti

1) Pengajaran dan pembelajaran mengikut modul yang telah disediakan di PEDi.

2) Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta.

3) Petugas memberi latihan yang secukupnya supaya peserta/pengguna lebih memahami dari semasa ke semasa.

4) Memberi masa kepada peserta bertanya soalan tentang perkara yang kurang difahami.

Perkhidmatan/Latihan/Kelas Dilaksanakan :

Penggunaan Whatsapp Web, Penggunaan Internet & E-mel, Kelas Sistem Operasi & Asas Komputer, Kelas Microsoft Office Word, Bahan Internet Dalam Penulisan Kerja Kursus, Penggunaan Microsoft Office Powerpoint Dalam Kerja Kursus, Kelas Microsoft Office Excel.

Gambar Disini: