|
Tarikh : 10 Januari 2018, 11 Januari 2018, 12 Januari 2018, 17 Januari 2018,18 Januari 2018,21 Januari 2018, 25 Januari 2018, 30 Januari 2018 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Selancar 5 |
Tujuan :
1. Memberi ruang dan peluang kepada peserta mempelajari Asas Ms Office Power Point (Persembahan Multimedia). Membuat pembentangan baru, membuat slaid dengan pelbagai susun atur, menyunting slaid, menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, memasukkan gambar dan clip art ke dalam slaid, memasukkan jadual ke dalam slaid, menggunakan animasi dan menyimpan pembentangan.
2. Memberi ruang dan peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran dengan mempelajari Asas Ms Office Word 2010. Menaip dan mengubah perkataan, mengubah gaya perkataan, membesarkan atau mengecilkan saiz perkataan, mengubah ruang di antara garisan, membuat senarai bernombor, mengubah penjajaran perkataan, memasukkan gambar, memasukkan jadual, memasukkan sempadan halaman dan menyimpan dokumen. * Bengkel Resume
3. Memberi ruang dan peluang kepada peserta mempelajajari Asas Ms Office Excel (Lembaran Hamparan). Memasukkan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran hamparan, memandu arah dalam lembaran hamparan, membuat pengiraan mudah dan menggunakan formula, mencantum dan menggabung sel, memformatkan sel dan mengubah ketinggian dan kelebaran baris dan lajur, membuat carta dan menentukan jenis carta dan menyimpan lembaran hamparan
4. Memberi ruang dan peluang kepada peserta mempelajari cara-cara perbankan dalam talian bagi memudahkan urusan mereka (E-Dagang)
5. Memberi ruang dan peluang kepada peserta mempalajari cara-cara membuat brochure tentang sesuatu perniagaan yang akan dijalankan (Publisher).