Puan Saniah Binti Masri, 57 tahun merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa di Felda Selancar 2, Muadzam Shah,Pahang. Bermula dengan sekadar mengikut rakan untuk mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5, kini beliau mula melibatkan diri dengan penulisan puisi. Minat yang mendalam terhadap penulisan puisi telah membuka lembaran baru dalam hidup beliau apabila beliau mula berkongsi puisi tentang hidup di laman social Facebook milik beliau. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet Felda Selancar 5 untuk menggunakan perkhidmatan internet bagi berkongsi puisi beliau di Facebook. Selain itu, beliau turut mendapatkan nasihat mengenai penggunaan emel. Penat lelah beliau dalam penghasilan puisi mula menampakkan hasil apabila , puisi tersebut mula mendapat tempat di hati rakan-rakan Facebook dan puisi beliau mula di bukukan dalam beberapa naskah antalogi puisi. Antara naskah antalogi puisi yang menerbitkan puisi beliau adalah Projek Haiku, Kopi Sastera, Kembali MH370, dan Sebuah Poligenre. Beliau turut menyertai program penulisan yang di anjurkan oleh Persatuan Penulisan Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) sempena Ramadhan 2015. Pada Mei 2015 yang lalu Dato’ Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang telah menyumbangkan sebuah Netbook kepada Puan Saniah Masri sebagai galakan dan dorongan untuk beliau lebih bermotivasi dalam penulisan puisi di masa hadapan.