Luqman Hafiz Pelajar Rajin
|
Nama : Mohd Luqman Hafiz Bin Aziz Umur : 14 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Mohd Luqman Hafiz bin Aziz 14 tahun merupakan seorang pelajar Tingkatan 2. Beliau berjaya memasuki sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Muadzam Shah. Beliau tinggal di Felda Selancar 5, Muadzam Shah, Pahang. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Felda Selancar 5 sewaktu cuti mingguan dan cuti persekolahan bersama dengan rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh cikgunya. Beliau juga mengulangkaji pelajaran dengan melayari laman web pendidikan iaitu pembelajaran secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya beliau tidak mempunyai asas teknologi ICT tetapi setelah menjalani Latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5 pengetahuan dan kemahiran beliau bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Felda Selancar 5. Hal ini demikian beliau berasa teruja untuk menambahkan pengalaman terutama dalam bidang teknologi ICT yang amat penting pada zaman sekarang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan menjalani latihan ICT di Pusat Internet Felda Selancar 5, Pahang beliau dapat menambah pengetahuan tentang penggunaan komputer secara keseluruhan merangkumi perisian Microsoft Word, Excel dan PowePoint. Beliau juga turut mempelajari cara menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat untuk tugasan sekolah. Selain itu, beliau sering melayari laman web pendidikan untuk mengulangkaji pelajaran (https://frogasia.com/en/1bestarinet/).
Oleh yang demikian, beliau mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya di sekolah tanpa gagal serta dapat menghantar tugasan tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Perkara ini terbukti berkesan dengan adanya perkhidmatan melayari internet di Pusat Internet Felda Selancar 5. Tambahan pula Pusat Internet terletak berhampiran dengan rumah beliau
