| TARIKH/MASA |
02/03/2022 (3.00 PM-5.00 PM) 09/03/2022 (3.00 PM-6.00 PM) |
| LOKASI | PEDi FELDA SELANCAR 5 |
| JUMLAH PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
Memperkenalkan fungsi Ms Office Word (Menaip dan mengubah perkataan, Mengubah gaya perkataan, Membesarkan atau mengecilkan perkataan, Mengubah ruang di antara garisan, Membuat senarai bernombor, Mengubah penjajaran perkataan, Memasukkan gambar, Memasukkan jadual, Memasukkan sempadan halaman dan Menyimpan dokumen).
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari pelbagai fungsi Ms Office Word supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan latihan dan kerja kursus.
Aktiviti
1) Pengajaran dan pembelajaran mengikut Modul yang telah disediakan di PEDi.
2) Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta.
3) Petugas memberi latihan yang secukupnya supaya peserta lebih memahami dari semasa ke semasa.
4) Memberi masa kepada peserta bertanya soalan tentang perkara yang kurang difahami.