mcmc
Kisah Kejayaan

Perniagaan Atas Talian (Salina bt Mohamed Supian)

Perniagaan Atas Talian

Nama : Salina bt Mohamed Supian

Umur : 55 Tahun

Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Salina binti Mohamed Supian merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan aplikasi whatsapp. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjahit pelbagai jenis fesyen pakaian. Selain itu, bagi meningkatkan permintaan terhadap produk beliau menambahkan promosi di aplikasi My Shop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini boleh mempromosikan perniagaan beliau di aplikasi Dashboard Komuniti (myshop.pi1m.my). Pendapatan beliau mencecah RM1000 sebulan bergantung kepada jumlah tempahan. .Manakala pelanggan beliau kebanyakannya daripada rakan-rakan komuniti setempat.