mcmc
Keusahawanan

Projek Tanaman Cili Fertigasi

ccili1

Pertanian mampu menjana pendapatan yang stabil bagi golongan yang berminat untuk bertani. Md Isa Bin Hamed, peneroka Felda Selancar 5 bersama isteri Satijam Bt Kylan telah memulakan penanaman cili secara fertigasi sejak awal tahun ini atas bantuan anak mereka.

Mereka memilih untuk menanam cili kerana ia tanaman yang banyak kerenah serta mudah dijaga. Apatah lagi dengan menggunakan kaedah moden secara fertegasi, mereka tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Tambahan pula, mereka tidak perlu membajak tanah, merumput mahupun meracun. Malah sistem pengaliran air untuk setiap anak pokok dibekalkan secara automatik.

cili2

Sepokok cili mampu mengeluarkan berpuluh biji buah satu-satu masa.

 

cili3

Peneroka Felda Selancar 4 & 5 melawat ladang En Isa bersama Pegawai Jasa, En Kamis Bin Hamzah.

 

cili6

Program Roll Call Felda yang di adakan di Ladang En Isa.

 

cili8

Penerokawati yang turut hadir menyertai Program Roll Call