mcmc
Sejarah

Sejarah

selancar 5

                Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956, di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.        

•             Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan, di mana Felda diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh Felda dan syarikatnya.

•             Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di bawah kuasa pentadbiran Felda, terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

•             Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,  pertanian, industri dan komersial dalam kawasan Felda.  

Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. 

 

 

selancar5.2

Felda Selancar 4&5 terletak dalam daerah Rompin, Pahang. Kedudukannya bersempadan dengan Bandar Muadzam Shah dan Bandar Segamat. Jarak dari Felda Selancar 4&5 ke Bandar Muadzam Shah ialah 80 km manakala jarak ke Bandar Segamat pula ialah 48km. Bilangan peneroka yang tinggal di Felda Selancar 4 ialah seramai 168 peneroka manakala peneroka yang tinggal di Felda selancar 5 seramai 90 peneroka. Peneroka yang tinggal di sini berasal dari pelbagai negeri antaranya ialah dari Pahang (13), Terengganu (6), Kelantan (23), Perlis (12), Kedah (80), Pulau Pinang (8), Perak (39), Selangor (29), Negeri Sembilan (4), Melaka (7) dan Johor (37). Mereka diberi penempatan mengikut blok dan peringkat masing-masing. 

 

Peta Perkampungan Felda Selancar 4&5

selancar5.3

Selancar 4

Selancar 5

Blok 1 pkt. 1

23 orang

Blok 1 pkt. 1

22 orang

Blok 1 pkt. 3

25 orang

Blok 2 pkt. 1

24 orang

Blok 1 pkt. 5

23 orang

Blok 3 pkt. 1

23 orang

Blok 2 pkt. 5

24 orang

Blok 4 pkt. 1

21 orang

Blok 3 pkt. 5

26 orang

   

Blok 4 pkt. 5

23 orang

   

Blok 5 pkt. 5

24 orang

   

Jumlah

168 orang

Jumlah

90 orang

 

Luas kawasan ladang Selancar 4 ialah 779.44 Hektar manakala  luas ladang Selancar  5 pula 383.35 Hektar.

Pembangunan Ladang

Rancangan

Selancar 4

Selancar 5

Pkt.

1 (11/1988)

3 (6/94)

5 (11/88)

1 (11/88)

Tahun Pembangunan

78/79

80/81

80/81

78/79

Tarikh berhasil

4/84

2/85

10/84

7/83

Luas Tanaman (Hek)

168.49

101.46

509.49

383.35

Dirian pokok

122

122

122

122

Tarikh BKT dilaksanakan

5/89

5/89

5/89

5/89

BK/Ekar (RM)

12.0

20.00

13.05

15.10

Selesai BK

4/2004

6/2009

4/2004

4/2004

Bil. Peneroka

23

25

120

90