Seperti yang sedia maklum, Felda Selancar 5 merupakan salah satu kawasan yang termasuk dalam daerah Rompin. Oleh kerana kedudukannya berada di luar bandar, maka tiada tempat pelancongan yang terdapat dalam kawasan ini. Walaubagaimanapun antara tempat pelancongan yang popular di daerah Rompin termasuklah Taman Negara Endau Rompin.
Taman Negara Endau Rompin
Taman Negara Endau Rompin terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas. Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui. Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar. Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman itu memerlukan permit khas dari Johor Park Corporation.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan. Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama. Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
