mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan Online ( Ahmad Badrun Amin Samsul Kamal )

Nama Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal

Umur : 15 Tahun

Ahli : 2013

 

Latar belakang

Ahmad Badrun Amin bin Samsul Kamal merupakan seorang pelajar IPT yang menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana Muda. Beliau seorang pelajar yang sangat rajin dan dedikasi. Oleh kerana beliau berminat untuk meniaga kecil-kecilan, beliau sanggup mencuba untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan media sosial facebook, aplikasi Whatsapp dan shopee. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjual Rempah Ayam Madu dan Rempah Ayam Goreng Mamak. Selain itu, bagi meningkatkan permintaan beliau juga menggunakan perkhidmatan COD kepada komuniti.

                                                                       

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini boleh mempromosikan perniagaan beliau di shopee. Pendapatan beliau mencecah RM500 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. Manakala pelanggan beliau terdiri daripada rakan-rakan komuniti setempat dan rakan-rakan di facebook.