|
Nama : Noor Afarina Binti Arifin Umur : 33 Tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Noor Afarina binti Arifin merupakan seorang surirumah. Beliau seorang yang sangat rajin dan dedikasi. Oleh kerana beliau berminat untuk meniaga kecil-kecilan, beliau sanggup mencuba untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan media sosial facebook, aplikasi Whatsapp, Facebook dan shopee. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjual Spray Kill –IT (Lipas & Serangga).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini boleh mempromosikan perniagaan beliau di shopee. Pendapatan beliau mencecah RM500 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. Manakala pelanggan beliau terdiri daripada rakan-rakan komuniti setempat dan rakan-rakan di facebook.