mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan Online ( Noraini Binti Che Bakar)

Nama : Noraini Binti Che Bakar

Umur : 48 Tahun

Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Noraini binti Che Bakar merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan media sosial facebook. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjual pelbagai jenis sulaman kait benang. Selain itu, bagi meningkatkan permintaan terhadap produk beliau menambahkan promosi di aplikasi Whatsapp.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau lebih kerap mengemaskini dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook peribadi dan status Whatsapp.

Dengan penggunaan internet beliau berjaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM500.00 ke RM1000.00 sebulan.