Kisah Kejayaan

Usahawan Online ( Nurul Suhada Binti Azizan )

Usahawan

Nama : Nurul Suhada Binti Azizan 

Umur : 33 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Nurul Suhada binti Azizan merupakan seorang surirumah. Beliau mengambil peluang tersebut untuk mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5. Beliau mempromosikan perniagaan dengan menggunakan media sosial facebook. Platform ini digunakan untuk mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau merupakan usahawan yang menjual pelbagai jenis makanan. Selain itu, bagi meningkatkan permintaan beliau juga menggunakan perkhidmatan COD kepada komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Latihan Keusahawanan di Pusat Internet Felda Selancar 5, beliau kini boleh mempromosikan perniagaan beliau di media sosial facebook. Pendapatan beliau mencecah RM1000 sebulan bergantung kepada jumlah jualan. .Manakala pelanggan beliau kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan komuniti setempat dan rakan-rakan di facebook.